Sejarah SMK Lubok Merbau

             Sekolah menengah Kebangsaan Lubok Merbau (SMKLM) mula beroperasi tangal 1 Januari 1971 dengan dikenali sebagai Sekolah Menengah Felda Lubok Merbau kerana terletak di tengah-tengah kawasan Felda lubok Merbau. Prasarana fizikal yang ada pada masa itu ialah bangunan dua tingkat untuk pejabat dan kelas, kantin, bengkel dan sebuah padang bola.  Bilangan guru pada ketika itu seramai 13 orang dengan dibantu oleh seorang staf sokongan.  Manakala jumlah murid ketika itu lebih kurang 120 murid.  Oleh sebab kelas tidak mencukupi pada ketika itu, pelajar tingkatan 4 dan 5 terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Lubok Merbau.

            Antara kejayaan cemerlang sekolah yang pernah dilakarkan ialah SMKLM termasuk dalam lapan buah sekolah di negeri Kedah yang mendapat kelulusan penuh 100% dalam peperiksaan STPM 2005 dan ia masih lagi mengekalkan kelulusan 100% pada tahun 2009 dan sebelumnya.  Dalam bidang kokurikulum,  pasukan bola tampar bawah 18 tahun lelaki mendapat johan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut  iaitu pada tahun 2007, 2008 dan 2009. salah seorang pemain bola tampar sekolah iaitu Mohd. Firdaus bin Mazlan terpilih mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Sukan Negara-negara Islam di Teheran, Iran.

            SMKLM dinaik taraf dari Gred B ke Gred A pada tahun 2000.  Buat masa ini (MAC 2011) SMKLM, telah menjadi pusat menjana keilmuan yang kondusif bagi 748 orang Murid dari tingkatan 1 hingga 6, 55 guru serta  8 orang staf sokongan.

 


 VISI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOK MERBAU MENJADI ANTARA SEKOLAH CEMERLANG DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2013

 

 MISI 

·        1.Memastikan sistem dan proses pengurusan yang efisyen, budaya kerja cemerlang, bermatlamat dan berfokus berlandaskan semangat musyawarah.

·        2.Melaksanakan kurikulum dan kokurikulum secara berkesan berpaksikan sikap, potensi dan semangat cinta akan ilmu serta penglibatan aktif pelajar.

·        3.Menjana pelajar yang berdisiplin, berdaya saing dan berakhlak mulia berteraskan kasih saying.

·        4.Mewujudkan perkongsian serta permuafakatan antara sekolah, ibubapa dan komuniti.

·        5.Menyediakan suasana dan persekiran sekolah yang ceria, kondusif dan harmonis.

 


Panitia ICT

        Panitia ICT telah diwujudkan di SMK Lubok Merbau berikutan dengan pembukaan subjek Information and Communication Technology (ICT). Tahun 2008 adalah merupakan tahun pertama bagi pelajar ICT menduduki peperiksaan SPM bagi subjek ICT. Pada tahun 2008 [elajar yang mengambil subjek SPM ICT ialah seramai 12 orang, tahun 2009 juga seramai 12 orang, tahun 2010 seramai 5 orang dan tahun 2011 seramai 8 orang pelajar daripada kelas Sains Tulen telah mengikuti subjek ICT di sekolah ini. 

VISI 

MATA PELAJARAN ICT AKAN MENGEKALKAN PENCAPAIAN 100% DALAM PEPERIKSAAN SETIAP TAHUN

MISI 

1. Mendorong pelajar supaya meminati mata pelajaran berbentuk kemahiran teknikal 

2. Membantu pelajar menguasai kemahiran komputer dan mempraktikkan secara berhemah dalam kehidupan seharian

3. Memantapkan disiplin dan sahsiah serta memupuk kerjasama di kalangan pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan